Thursday, April 23, 2009

YDP JPP 2009

UCAPAN
YANG DIPERTUA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2009


Bismillah.......
Alhamdulillah.............

Yang Berbahagia, En Shaari B Osman, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Darulaman,
Yang Berusaha, Tn Hj Abdullah B Mat, KJ Pengajian Melayu, Pengerusi Pengelola Perhimpunan,
Yang Berusaha, En Ahmad Shukri B Mustaffa, KJ HEP,
Yang Berusaha, Tn Hj Chik B Lat,
Yang Berusaha, En Mohd Zahir B Mohd Darus, Ketua Pensyarah Penasihat JPP 2009,
Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, barisan pensyarah, sahabat-sahabat exco JPP, seterusnya sidang hadirin rakan pelajar sekalian.....

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam mahabbah....

Alhamdulillah, pertamanya, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta taufiknya, dapatlah kita sama-sama berkumpul di Dewan Besar IPGM KDA untuk menjayakan perhimpunan mingguan serta majlis watikah pelantikan jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2009.

Sidang hadirin sekalian,

Saya mewakili seluruh exco jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2009 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbiran dan seluruh rakan pelajar atas kepercayaan untuk kami memegang amanah sebagai perantara antara pihak pentadbiran dan seluruh rakan pelajar.

Sesungguhnya, amanah yang diberikan ini adalah amat berat, namun begitu insya-Allah barisan kepimpinan sesi 2009 akan mengorak langkah sedaya upaya mungkin melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan terbaik.

JPP pada tahun ini dibarisi oleh 25 orang exco iaitu 7 majlis tertinggi dan 18 barisan exco bagi setiap biro. Walaupun keanggotaan 25 orang, mengemudi hampir 1000 pelajar di IPGM Kampus Darulaman ini, ia bukanlah suatu yang amat sukar untuk dilaksanakan. Kami amat memerlukan sokongan padu serta bantuan rakan pelajar, pensyarah serta pihak pentadbiran dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan jayanya.

JPP pada tahun ini berpegang kepada motto, ”Suara Pelajar Keutamaan Kami”, dengan misi menjadikan barisan kepimpinan JPP 2009 berdedikasi, berketrampilan serta menampilkan keperibadian yang unggul dalam memimpin serta menerajui seluruh pelajar ke arah kegemilangan dan kecemerlangan dalam semua aspek sejajar dengan FPG dan FPK.

Dengan misi dan motto yang ditetapkan, insya-Allah, apa yang diharapkan dan dirancang oleh barisan kepimpinan tahun ini bakal direalisasikan seperti yang diimpikan. Sokongan dan tunjuk ajar barisan pensyarah yang berpengalaman amat diperlukan kerana anda semua adalah permata berharga yang memiliki penuh pengalaman.

Buat seluruh rakan pelajar yang lain, terima kasih atas undian dan sokongan anda dalam memilih barisan kepimpinan yang telah dibentuk secara rasmi hari ini. Berilah sepenuh sokongan kepada kami serta bantuan yang sedaya mungkin dalam sama-sama kita menjulang IPGM Kampus Darulaman diantara IPG paling gah di Malaysia.

Sebagai intiha, sekali lagi saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan kepada kami semua untuk membarisi kepimpinan JPP 2009. Jutaan terima kasih juga kepada semua pihak yang menjayakan majlis watikah pelantikan JPP sesi 2009 pada hari ini.
thanks a lot..........