Thursday, April 14, 2011

COUPLE ITU HARAM!!!

assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh

lewat hari ini, selalu saja kita lihat maksiat di merata-rata. kemudian mereka-mereka yang 'tidak pernah melakukan maksiat' dan 'suci daripada kesalahan' dengan pantasnya menghukumkan pelaku maksiat sebagai jahat dan ingkar dengan syariat ALLAH.

malahan, bukan setakat menjatuhkan hukuman, tetapi memandang jelek kepada pelaku-pelaku maksiat, membuatkan pelaku-pelaku maksiat bertambah panas hati dan meneruskan kemaksiatan seperti biasa.

dalam konteks ini, di mana taraf sebenar manusia hingga tergamak menghukumkan seseorang yang bermaksiat tersebut sebagai kafir atau munafik? bukanlah untuk menuding jari kepada siapa-siapa, tetapi ini sebagai peringatan untuk diri sendiri serta pembaca yang lainnya, bahawa kita bukanlah berkuasa penuh untuk menjatuhkan hukuman terhadap pelaku-pelaku maksiat ini.

apa hak kita untuk menjatuhkan hukuman? kita bukanlah hakim mahkamah syariah, malahan sebagai Pencipta mereka jauh sekali. jadi mana mungkin kita sangat-sangat kenal mereka sehingga layak untuk memberi sinonim kepada mereka dengan benda-benda keji yang wujud atas muka bumi ini.

apabila pelaku maksiat yang kita kenali melakukan amal baik dengan tekun, tidak jemu, sehingga mengalahkan amal ibadat kita sendiri, namun tetap bermaksiat secara tersembunyi, dengan lancangnya mulut kita menuduh mereka sebagai hipokrit.

apakah daya penglihatan kita boleh menerobosi hati jantung tulang mereka untuk mengesahkan kehipokritan mereka laksana Superman? apakah kita yang selama ini memerhatikan dan mengawasi pergerakan mereka 24 jam tanpa henti laksana raqib dan atid? adakah kita selama ini orang yang sudah berbuih mulut seperti kena tuba semata-mata kerana menasihati si hipokrit atau si pelaku maksiat untuk berubah?

kita bilang kita cinta ALLAH, tapi apa buktinya?

"kami solat, kami berzikir, kami sentiasa membaca al-Quran, rajin berpuasa sunat, kami tak pernah tinggal bacaan Mathurat, kami rajin menghadiri kuliah ilmu, kami selalu pergi masjid, kami menutup aurat dengan lengkap, kami tak pernah lihat rancangan-rancangan hiburan di televisyen, bukanlah kami manusia yang suka mendengar benda yang melalaikan..blablabla"

tapi lidah kita pantas saja mencerca orang seenaknya. kalau begitu apa yang kita dapat daripada amalan kita yang tidak terhitung banyaknya?

kita bilang kita sayang agama ALLAH, tapi sebaik sahaja kita melihat perlakuan maksiat, kita menjuihkan bibir, memasamkan muka, memberi jelingan tajam tanda protes, mengkhabarkan perlakuan buruk kepada orang lain tanpa menasihati si pelaku maksiat tersebut. tidak ada suatu usaha pun yang kita lakukan untuk menegakkan syariat ALLAH di atas muka bumi. di mana sayang kita?

apabila menyaksikan seseorang itu melakukan maksiat, dilabelkan mereka sebagai fasiq atau munafik. lancar sahaja lidah mengatakan mereka jahil agama, tidak berminat dengan agama, merendahkan agama, buta agama.

kemudian apakah peranan kita sebagai orang yang 'pandai agama' dalam masyarakat? adakah kita ini berusaha untuk meninggikan agama setelah mereka merendahkannya? tidak mahukah kita memanfaatkan' kepandaian agama' kita untuk mencelikkan dan memberi faham akan mereka yang buta agama? apakah gunanya kita belajar syariah dan fiqh Islam andai tidak disebarkan secara berhemah kepada yang kurang pandai agama?

sekadar pesanan untuk diri sendiri dan pembaca yang lainnya. kita ini kekurangan dalam setiap hal. kita bukan sempurna. tetapi kita selalu merasa diri kita sempurna. seolah-olah tiap-tiap hari kita bertegur sapa dengan kesempurnaan kita. selalu merasa bagus dalam setiap hal.

semoga kita-kita akan berasa kurang setelah membaca peringatan ini.

insyaALLAH.

Tuesday, April 12, 2011

ALAM MAYA VS ALAM REALITI

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..



Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..


JANGAN TAKUT KAHWIN AWAL ??????

Jangan Takut Kahwin Awal

Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.



*****

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

- Artikel iluvislam.com

Nota : Perkongsian di atas merupakan satu contoh bahawa perkahwinan di usia muda merupakan satu pilihan atau option yang ada bagi masyarakat kita. Walaubagaimanapun, keputusan mendirikan rumah tangga perlu dibuat dengan hikmah bergantung kepada keadaan pasangan masing-masing kerana kehidupan selepas bernikah adalah cabaran sebenar dan pastinya kita inginkan rumah tangga yang berkekalan sehingga akhir hayat.

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

Monday, April 11, 2011

KEMATIAN...

Selangau (11/4/2011) : Salam sahabat-sahabat semua... saja nak berkongsi pengalaman bersama sahabat-sahabat... selepas cuti seminggu yang PISMP diraikan dalam konvokesyen itu...maka pulangla guru-guru ini ke tempat masing-masing... hari Isnin bermulalah sesi persekolahan semula... nak dijadikan cerita..hari pertama inilah aku mendapat suatu pengalaman yang sanagat-sangat berharga..ketaq ja rasa... Dalam pukul 10.30 pagi time tu..aku di pejabat sekolah...tetibe ada call nak cakap dengan GB..tapi yang ada PK 1 sahaja... sekejap ja PK1 cakap..terus dia serah kepadaku..ustaz..ada call.... dalam hatiku sape la pulak nak call aku...?? owh..PPD..En Sarkawi..dia inform aku..."ada kematian guru semenanjung di sekolah pedalaman, kami x ada pengalaman nak urus..nanti bila mayat sampai di pengkalan saya call ustaz"... Dalam hatiku..aku x pernanh nak urus mayat ni...sembahyang sahaja yang aku tahu.... tapi x apa..aku tolong apa yang patut... x sampai 10 minit....GB call suruh datang ke PPD segera...terus En Mule bawaku ke PPD....

Hatiku berbaur macam-macam perasaan... sampai aku ke pengkalan..penuh masyrakat di satok Selangau tu menyaksikan mayat dibawa keluar dari sekolah pedalaman...3 jam naik bot..bayangkan..itulah yang dilalui oleh guru-guru yang ada di dalam sana.... kemudian mayat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Selangau...dibawa naik truk ke Hospital Sibu...aku pendekkan cerita..selepas itu, aku hanya mengikut En Sarkawi bertemu agen untuk urusan kargo dan lain2...tapi ikhlas kukatakan proses ni memang bukan mudah....perlukan saudara terdekat untuk tanda tangan atau hantar surat membenarkan kuasa untuk urusan post mortem... sehinggakan akhirnya..hari Rabu baru mayat dibawa pulang ke Kelantan... 2 hari di hospital..flight tengah hari ke KLIA..kemudian transit..dalam pukul 6 baru ke Kelantan....

Sukar nak digambarkan...bagaimana la keadaan mayat.... arwah baru sahaja berkahwin pada bulan 12 2010..isteri baru mengandung 3 bulan... x tahula bagaimana perasaan isteri dan keluarganya di sana....aku yang sendiri saksikan mayat x mampu nak kata apa...hanya doa sahaja..kalau ada kenderaan sendiri..memang ingat nak bersama arwah membaca yasin untukknya..nak doakan kepadanya...

Buat sahabat-sahabat semua...baru2 ni juga aku lalui satu program dan menjadi peserta...bayangkan kami diberi 1 lilin kecil dan dinyalakan lilin atas tapak tangan ini...panasnya..pedihnya amat sangat..aku x dapat nak bayangkan kalau azab api neraka betul2... dan kita tahu kematian itu pasti..bila kita akan mati kita x tahu...dan persoalan di sini mari kita fikirkan... Adakah kita benar-benar bersedia untuk mati??? fikir & renung bersama...

Sahabat-sahabat...saya berpesan pada diri saya..ingatkan diri saya dan sahabat-sahabat.... sentiasa kita tambah..& top up amalan kita.....banyak muhasabah diri untuk mencari Rahmat Allah..... semoga ketemu kita di SYURGA ALLAH...

Wednesday, April 6, 2011

GURU...DIDIKLAH!!!

Selangau (6/4/2011) : Salam mahabbah dan ukhuwah untuk semua pembaca.... Alhamdulillah...semakin hari semakin biasa dah aku di bumi Nanga Selangau ini.... kesukaran...masalah-masalah semuanya dapat atasi..insya Allah...Allah bersama kita dalam perjuangan ini...

Sahabat-sahabat sekalian...kerja..tugas guru ini bukan mudah dan senang sahaja dipandang...masuk pukul 7 balik pukul 1...tapi hakikatnya tugas dan amanah seorang guru ini sangat berat... tanggungjawab guru ini nak memanusiakan manusia...nak menjadikan orang itu betul-betul orang dan bukan orang-orang.... Guru perlu memikir..mencari idea dan kaedah dalam meberi ilmu kepada murid agar murid itu mudah faham...mudah memperoleh ilmu dan ilmu itu memberi kesan kepada murid... kesan ini bukan hanya dilihat murid itu berjaya dalam menjawab soalan semata-mata tetapi pada penghayatan dan tingkah lakunya jua...

Sahabat..pengalaman bagi diri sendiri mendidik anak-anak Islam yang minoriti di sini agak mencabar..walaupun murid Islam tidak ramai...tetapi penekanan..pendedahan Islam kepada mereka sangat-sangat kurang....kalau diajar tetapi tidak diaplikasikan di rumah...maka bagaimana dikatakan berjaya membentuk orang??? Kamu solat?? x tahu ustaz... Nak kenal baca A BA TA pun agak sukar... apatah lagi nak membaca bacaan dalam solat..kalau disuruh untuk hafal sikit-sikit mereka boleh tetapi hati tetap bimbang kalau cuti panjang mereka lupa atau yang tahun 6 akan masuk sekolah menengah kelak akan terus meninggalkan perkara-perkara wajib ini dalam kehidupan....

Sahabat..walaubagaimanapun.... bagiku...aku akan cuba sedaya upaya membina dan membentuk anak-anak Islam ini agar bangga menjadi seorang Islam..berjaya menjadi pendakwah di sini dan berjaya menghayati dan mengamalkan kehidupan sebagai seorang Islam yang sejati..... Aku sentiasa berdoa agar anak-anak didikku ini

Tahun 1
- Siti Fadila, Siti Nur Atiqah Fitrah, Mohamad Faizal, Mohd Reza Alfalah
Tahun 2
- Mohammad Idzhul Iqram & Nurul Atikah
Tahun 3
- Sufri Inting, Nurul Pauziah & Hsmah
Tahun 4
- Puri Rahayu
Tahun 5
- Eko Dwi Yanto & Nurfiani (baru sahaja masuk Islam tetapi bijak dah baca Quran)
Tahun 6
- Nazriezam, Dayang Sofia, Fazillah & Heni

agar anak-anak semua terus berada pada agama sebenar..teruskanlah belajar dan belajar mengenal Islam...
Insya Allah selagi ustaz di sini..ustaz akan cuba yang terbaik untuk kamu semua...
Amin ya Robb... :)

Tuesday, April 5, 2011

PENGALAMAN....

Selangau (5/4/2011) : Assalamualaikum dan salam hormat.....apa khabar semua pembaca..saya doakan semua berada dalam keadaan sihat walafiat...lama saya x mencoretkan sesuatu...mungkin busy?? atau sengaja membusykan diri dari kebosanan... sahabat...kerjaya guru di luar bandar mahupun di pedalaman Sarawak ini sebenarnya mengajar erti pengorbanan..kesabaran dan menuntut kita betul-betul berjiwa pendidik...bayangkan dengan prasarana yang lurang berbanding bandar...guru-guru terpaksa mencari sesuatu alternatif yang lain dalam usaha mendidik..mencurahkan ilmu dan memberi kefahaman kepada pelajar... saya kagum dengan guru-guru yang memiliki semangat yang betul-betul seorang pendidik!!!!

Perbualan saya..hasil perkongsian pengalaman dengan sahabat2 yang mengajar di pedalaman..im very proud..berjam-jam memakan masa untuk masuk ke sekolah..di sana buku latihan tidak ada...duit sendiri dikeluarkan untuk membeli buku latihan murid-murid...dan ada yang membeli alat tulis khas untuk anak-anak murid kerana inginkan mereka belajar..memperoleh ilmu dan berjaya sama dengan anak-anak yang lain..tersentuh hati saya melihat dan mendengar pengorbanan ini!!

Berbeza jauh di bandar....murid-murid belajar bukan setakat ada 1 kotak pensel malah banyak kotak pensel..1) untuk sekolah 2) untuk kelas KAFA 3) untuk tuisyen....hehe..itulah anak yang dibesarkan dalam serba mewah dan kesenangan...buku-buku rujukan..latihan usah bicara..memang banyak yang ada pada mereka.... namun di pedalaman mahupun luarbandar..itulah hakikat yang dilalui oleh guru-guru di sini....

Saya bersyukur dan terharu dengan azam..semangat yang ada pada guru-guru sedemikian...kerana KPM tidak salah memilih orang seperti ini menjadi guru.... Walaubagaimanapun...apa yang diharapkan..semangat dan kekuatan yang diberi oleh Allah ini akan berterusan hingga selamanya dan tidak runtuh jiwa pendidik dalam diri kita semua... Amin Ya Robb.... teruskan mengumpul pengalaman..kerana ia suatu yang berharga... :) Salam ukhuwah....