Saturday, May 5, 2012

Selangau (5/5/2012) : Assalamualaikum dan salam hormat buat semua.. lama tidak mengemaskini blog ini yang sudah sekian lama sepi. Alhamdulillah..masa yang ada buat seketika yang Allah kurniakan ini, Pendidik Nanga Selangau ingin terus berbicara soal pendidikan mahupun apa yang berlaku dalam dunia guru hari ini.

Akhir-akhir ini, kita melihat bebanan guru yang orang katakan bukan sekadar mengajar malah lebih dari itu menjalankan tugas sebagai kerani, penilai, penyemak, tukang kebun, tukang kayu dan sebagainya. Walaubagaimanapun, saya melihat perkara ini sebagai suatu yang positif yang perlu diterima oleh seorang guru. 

Ini kerana guru adalah segalanya. Kerjaya guru adalah suatu yang sangat menyeronokkan kerana dapat peluang mengajar anak didik, membina anak didik dan memajukan anak didik untuk menjadi orang yang berguna. Kedua, guru harus berfikir positif kerana kita perlu ingat setiap sen gaji yang kita peroleh dengan setimpalnya kerja yang kita laksanakan amat berkat. Namun, cuba kita fikirkan sekiranya mengajar pun tidak, kerja-kerja di sekolah kita abaikan...mana KEBERKATAN DARI GAJI ITU?? sama-sama kita renungkan.

Di samping itu, sahabat-sahabat sekalian... Kita tidak perlu stress atau tertekan dengan kerja yang diberikan. Ingat sahabat-sahabat masa yang Allah kurniakan kepada kita 24 jam..lihat saja ada guru yang mampu membuat banyak perkara dalam satu masa....bagaimana ia dapat realisasikan..fikir-fikirkan.. saya kagum melihat guru-guru cemerlang yang dibebani dengan tugas di sekolah apatah lagi tugas sebagai jurulatih utama di luar..namun dari segi pengajaran tetap terbaik... wahhh!!! apakah tip-tipsnya...tanyalah mereka... dan kita boleh jadi seperti mereka...

Guru-guru sekalian....

Last but not least..sentiasa sematkan dalam diri kita..kita mengajar anak didik ikhlas kerana ALLAH... jangan rasa sedikit perasaan malas...atau tidak ada mood..tetapi langkahlah kaki kita setiap kali ke sekolah dengan BISMILLAH.... FIKIRAN POSITIF... dan jangan lupa DOA!! 

salam dari bumi Nanga Selangau...

:)

Wednesday, January 25, 2012

Welcome New Teacher to Nanga Selangau Primary School


Sungai Lalang (25/1/2012) : Assalamualaikum dan salam hormat buat pembaca sekalian... Alhamdulillah, hari ini sempat sekejap menitip beberapa bicara buat tatapan pembaca kalian. No w, aku diberi cuti seminggu sempena Chinese New Year dan kesempatan ini terus mengambil tiket kapal terbang untuk pulang bercuti di Kedah menziarahi keluarga dan ada sedikit urusan di Kuala Lumpur.

Cuti kali ini x ada bezanya seperti cuti lain. Aku banyak menghabiskan masa di rumah dengan keluarga di samping kebetulan ada kenduri rumah jiran, so wajibla untuk membantu jiran rapat.
2 hari sebelum cuti CNY, aku sangat-sangat bersyukur dapat kawan baru merangkap guru2 baru di Nanga Selangau dan merangkap juga housemateku... Akulah paling excited dalam sekolah..aku la rasa..ye la kan..1 year bosan ja duduk di sekolah..hari-hari tunggu hari Jumaat...walau apa pun dengan pertambahan guru-guru ini, aku yakin semangat aku untuk terus belajar dan mengajar di bumi Nanga Selangau akan terus kuat. Terima kasih buat sahabat-sahabat baru Akim, Kimi, Kim & Fauzan kerana mewarnai hidupku di Nanga Selangau...hehe...

Jumaat ini aku akan berada di sebuah institusi pendidikan... rasa berdebar sekejap memikirkan betulkah pilihan aku?? hehe... berdebar pun ada..tapi apa pun aku kena kuatkan semangat....aku kena yakin diri yang aku boleh manage semuanya dengan baik...Ya Allah permudahkan urusanku.....penuhilah hajat hambamu ini.... Buat rakan2 pembaca sekalian..doakanlah langkah seorang pendidik Nanga Selangau ini untuk mencapai cita-citanya.. Biar jauh mana sekalipun..azam..hajat tetap teruskan..tiada kesusahan melainkan kita sering berusaha dan berdoa... :)

Sebagai akhiri entry ini, x lupa nak wish Gong Xi Fa Cai buat rakan2 bangsa Cina...dan selamat datang buat guru2 baru di Nanga Selangau...semoga kita semua dalam rahmatNya... :)

Wednesday, January 4, 2012

PENGALAMAN PERTAMA HARI PERSEKOLAHAN SEBAGAI GURU


Selangau (4 Januari 2012) : Hari ini adalah hari pertama sesi persekolahan..hari pertama murid-murid melangkah kembali ke sekolah selepas sekian lama bercuti. Wah!! Cantik-cantik dan comel-comel mereka dengan pakaian baru, kasut baru, beg baru..bak kata yang mudah..semuanya baru.... Tahun lepas aku ditempatkan pada bulan 2..so x sempatla nak tengok suasana hari pertama murid-murid memulakan sesi persekolahan..

Terbangun lewat pagi ini menyebabkan aku tergesa-gesa mandi..solat, maathurat dan baca Al-Quran..selepas selesai bersiap, mulalah langkah kakiku ke sekolah yang x jauh pun dari quaters ini. Sampai sahaja dan mendaftarkan diri di pejabat seperti biasa, aku pun terus ke bilik agama menyemak semula RPH untuk hari ini. Semuanya sudah siap..cuma masih kabur ni..maklumla dilantik sebagai penolong guru kelas Tahun 1 Pintar..guru kelas belum ada..so, pastilah tanggungjawab itu aku perlu pikulnya. Aku terus ke kelas tersebut dan pastinya ramai ibu bapa atau dalam Bahasa Ibannya ' Apai & Indai ' penuh di dalam kelas itu menghantar anak mereka dan ada yang menyerahkan salinan Ic dan gambar seperti yang diperlukan. Jenuh aku mendengar mereka berjaku Iban dengan aku... aku pun mimit jak nemu...bukan nemu semua pun..hehe..tetapi apa pun itu pengalamankan...

Ketika mengemaskini maklumat murid-murid ini, ada la mula buat drama. Nak menangis..aduhh!! Ni la part paling aku lemah..nak memujuk..tetapi kalau nak marah aku reti la..hehe...biasalah budak-budak...kalau boleh nak bawa mak ayah mereka masuk ke kelas sekali..belajar..hehe..tetapi itulah hakikat murid-murid..tetapi walau apa sekalipun, aku nampak mereka sangat bersemangat untuk belajar..dan yang paling penting minat untuk datang dan belajar mesti ada dalam diri mereka..

Konklusinya untuk entri pada malam ini... kanak-kanak adalah insan yang istimewa..sebagai guru..curahkan ilmu pada mereka dan didiklah mereka sebaik mungkin..Kita berusaha untuk mengajar dan memberi ilmu yang terbaik..yang lain serahkan kepada Yang Maha Esa... :)

Tuesday, January 3, 2012

2012 Apa Impian??

Selangau (3 Januari 2012) : 2011 sudah meninggalkan kita..itulah ungkapan yang penuh di paparan wall facebook rakan-rakan..pelbagai nostalgia dan kenangan serta laluan kehidupan yang ditempuh dalam tahun 2011 meninggalkan kita begitu sahaja... walaubagaimanapun tatkala Allah S.W.T. panjangkan umur kita dan kita masih mampu berada dalam 2012 ini sama-sama kita ungkapkan kesyukuran kepadaNya....

Sebagai pendidik saya pasti ramai mengeluh... 'Arghh..cuti sekolah dah tamat..bosanla nak buka sekolah..kena siapkan RPH..data murid..buku murid..kertas soalan..isi band dan macam-macam lagi". Namun saya yakin walaupun keluhan itu hanya di mulut seorang pendidik tetapi hakikatnya cinta dan kasihnya pada profesion perguruan tetap di sanubari. Lambak la sebanyak mana tugas..tetap dijalankan...padat bagaimanapun sesebuah kelas itu, setiap murid itu pasti akan diberi perhatian oleh pendidik agar murid itu bukan sahaja suka-suka datang ke sekolah tetapi datang membawa pulang ilmu yang berharga.

Bagi seorang pendidik, saya yakin dan pasti apabila bermulanya hari pertama persekolahan, pasti semua sudah sedia dengan rancangan pengajaran tahunan masing-masing mengikut subjek yang akan diajar. Apabila dilantik sebagai guru kelas, pasti bersedia dengan nama murid, buku rekod kehadiran dan sebagainya. Itu baru tugas biasa. tak kira tugas guru dalam HEM, Ko kurikulum lagi... banyak sebenarnya tugas guru tetapi semua itu tetap akan ditunaikan dengan sebaik mungkin.

Sebagai guru yang masuk tahun kedua dalam profesion ini, saya berasa yakin dan lebih bersedia berbanding tahun pertama. maklumlah x sabar nak memperbaiki kelemahan pengurusan dan strategi pengajaran pada tahun pertama. Walaubagaimanapun, kita mesti ada perancangan untuk melakukan yang terbaik sebagai pendidik memang betul la "Pendidik ini penuh dengan TANGGUNGJAWAB'. Kepada semua guru-guru dan bakal guru saya doakan kalian semua akan memperbaiki diri dalam mendidik anak bangsa..usah toleh ke belakang lagi..gerakkan langkah ke hadapan...semoga usaha kita ini dikira sebagai pahala oleh ALLAH.

Salam PENDIDIK dari BUMI SELANGAU, SIBU, SARAWAK.

Thursday, October 13, 2011

CINTAI KARIER GURU

HIDUPKU SEBAGAI PENCINTA KARIER GURU

Ketika dahulu, masihku di alam kanak-kanak. Memasuki tadika, sekolah rendah dan sebagainya. Saat itu, masih ku tak tahu kenapa ku ke sekolah. Yang ku tahu, selepas melangkah tahun 1, naik ke tahun 2, begitulah seterusnya. Sewaktu peperiksaan, tak pernah ku rasa ingin membuka buku dan mengulangkaji pelajaran almaklumlah masih kanak-kanak. Tatkala guru bertanya apa cita-cita kamu? Tersentak di hatiku besar nanti ingin aku menjadi seorang pensyarah. Itu sahaja yang ku tahu kerana sewaktu tahun 3 lagi aku berjaya mendapat johan syarahan di sekolah. Aku suka melihat orang berbicara di televisyen, berpidato dan berdebat. Mungkin itulah naluri dan minatku. Ketika di tahun 6 dahulu ku tahu tahun itu sangat penting bagiku kerana aku perlu mencapai 5A dalam UPSR kerana aku antara calon sekolah. Tapi, masih belum matang ketika itu, sewaktu percubaan atau peperiksaan benar sekali pun begitu sahaja aku, tak ada perubahan. Masa yang ku belajar hanyalah di kelas, di tempat tuisyen dan kelas tambahan. Waktu lain, selalu ku suka bermain sahaja dengan kawan-kawan. Ketika diumumkan keputusan, hari paling ditunggu-tunggu, memang menangis aku di sekolah dan di dalam kelas. 3A 2B ja??? Itulah keputusanku. Di dalam kepala, aku x berminat ingin menyambung pengajianku di sekolah biasa. Nak masuk SMKA?? Tak layak kerana 4A1B ke atas sahaja yang layak apatah lagi ingin ke sekolah berasrama penuh. Namun, ada hikmah di sebaliknya. Aku ditawarkan ke institusi agama iaitu Maktab Mahmud Cawangan Yan. Di situlah bermula segala perjuanganku sebagai seorang penuntut ilmu. Di situlah bermula kumendapat tarbiah, didikan dan nasihat. Teringat aku saat mengikut Tamrin Maahadi yang pertama, kami diberi muhasabah diri tentang ibu bapa. Kem itu sangat memberi kesan kepadaku sehingga bertekad di dalam hatiku ingin belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa ibu dan ayah. Alhamdulillah, dengan izin Allah sepanjang pengajianku di Maktab Mahmud Cawangan Yan( Ting 1-3) dan seterusnya Maktab Mahmud Alor Star (Ting 4-5), aku hanya memperoleh kedudukan pertama atau kedua sahaja di dalam kelas kerana apa?? Kerana aku jenis orang yang suka belajar bersungguh-sungguh sampai mencapai targetku. Seingatku lagi sewaktu di sekolah khususnya semasa cuti hujung minggu, boleh dikatakan aku belajar pagi, petang dan malam. Tetapi, aku juga bukan jenis orang yang tak aktif di sekolah, bab kepimpinan mahupun bidangku minati seperti debat dan pidato tetap aku libatkan diri. Aku yakin dan percaya jika bijak aku uruskan masa yang Allah berikan, aku mampu melakukan sesuatu dengan baik. Suatu lagi perkara yang aku suka adalah tentang guru. Dari sekolah rendah mahupun di sekolah menengah, aku rapat dengan guru kerana sekiranya kita rapat dengan guru, kita dapat belajar sesuatu tentang guru, apatah lagi mendapat ilmu dari mereka. Apa yang paling penting juga ialah kita perlu mendapat keberkatan ilmu dari guru kita. Aku suka memerhati dan membezakan antara guru yang komited dan sambil lewa mengajar. Bukan untuk dikritik, tetapi tersemat di hatiku bila melihat guru yang semangat dan komited mengajar, aku akan pastikan subjek guru tersebut aku mendapat A1 dan guru itu menjadi idolaku. Di dalam hatiku juga sentiasa berkata” Sekiranya aku menjadi guru kelak, aku mesti menjadi guru yang koimited dan sentiasa mengajar dengan baik bagi memastikan akan lahir muridku yang berjaya dengan cemerlang”.

Selepas tamat SPM dan memperoleh keputusan yang agak baik (8A), aku sudah bertekad di dalam hati. Aku ingin menyambung pengajian sebagai guru khusus di dalam bidang Bahasa Arab kerana aku amat minat subjek ini. Tawaran pertama kuterima untuk menyambung pemgajian ke Kolej Matrikulasi Perak dalam bidang akaun kutolak kerana kumasih yakin untuk menyambung pengajian dalam bidang Bahasa Arab. Selepas itu, ku mendapat tawaran ke Asasi Undang-Undang KPTM di UiTM Shah Alam dan ketika itu rasanya memang aku akan menyambung pengajian di dalam bidang undang-undang. Malam itu, ibu ayahku ingin membuat kenduri kesyukuran kerana aku akan menyambung pengajian ke UiTM Shah Alam, tetapi hajat itu bertukar apabila pada hari tersebut juga keputusan kemasukan ke Institut Perguruan ketika itu menunjukkan aku berjaya menyambung pengajian ke Institut Perguruan Darulaman dalam bidang BA0501 iaitu (Bahasa Arab, Al-Quran , Pendidikan Agama & Bahasa Melayu) seperti yang kupohon dan ditemuduga sebelum itu. Alhamdulillah, terus aku tak memikirkan yang lain melainkan tekadku ingin terus menyambung pengajian di IPDA, Jitra yang juga tempat kelahiranku.

Perasaan ketika mendaftar dan menjadi guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman “ Sinar Ilmu di Utara” ini sangat gembira kerana aku rasa sangat bertuah ditempatkan di bumi IPDA ini. Bukan sahaja dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang baik, malah kehidupan “campus life” itu wujud di sini. Di samping itu, pensyarah-pensyarah di IPG Kampus Darulaman ini sangat baik dan banyak membantu dan memberi nasihat serta menceritakan laluan kerjaya seorang guru. Sepanjang pengajianku di bumi bertuah ini, aku sudah menetapkan target apa yang perlu kucapai dalam setiap semester pengajian. Cara pembelajaran masih sama ku terbawa-bawa dari zaman sekolah menengah. Sebulan sebelum peperiksaan mesti aku akan mula sedikit-sedikit menelaah pelajaran dan mebuat nota ringkas. Setiap awal semester, selepas mendapat pro forma aku akan cari bahan awal untuk mudah menyiapkan tugasan kerja kursus dan sebagainya. Bagi subjek ilmu pendidikan, aku lebih suka menjadikan majalah Pendidik sebagai teman hidupku untuk mengetahui transformasi serta berita terkini dunia pendidikan. Di samping itu, kemudahan yang terdapat di Alor Star iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK), khusunya untuk mendapat artikel akhbar dan majalah akan kumanfaatkan untuk mendapatkan bahan. Bagiku, hidup seorang pelajar adalah terus belajar dan mendapat ilmu. Sebagai guru pelatih di IPG juga, pengalaman perlu dicari di sini kerana tanpa pengalaman dan asyik masuk kelas dan tutorial serta pembentangan sahaja kenikmatan hidup sebagai guru pelatih itu tak akan terasa. Penglibatan diri secara langsung dan tidak langsung dalam JPP mahupun aktiviti lain seperti debat dan pidato sebenarnya melatih diri ini lagi tentang pengurusan seorang guru dan dapat menimba pengalaman lagi untuk dibawa ke dunia pekerjaan kelak.

Suatu perkara yang masih teringat di minda fikiranku bagaimana aku boleh melibatkan diri dalam JPP. Sewaktu aku masih persediaan, semester 2 ketika itu (2006), pelajar persediaan tidak dibenarkan melibatkan diri sebagai exco JPP. Namun, ketika itu aku dan Musfirah sahaja dipilih oleh Pn Hjh Natrah untuk menjadi perwakilan khas PPISMP dalam JPP. Saat itulah aku mengenali Tn Hj Mohd Fauzi Hamid yang juga banyak mengajar diriku tentang dunia kepimpinan sehinggakan aku dilantik sebagai Yang Dipertua JPP pada tahun 2007. Banyak kenangan, pengalaman serta ilmu yang aku peroleh dalam dunia kepemimpinan ini. Terima kasih Tn Hj Mohd Fauzi Hamid dan Pn Hjh Natrah Shaari yang sehingga kini masih menghantar pesanan ringkas buatku untuk terus berjuang dalam dunia pendidikan. Menjadi seorang JPP di IPG ini sebenarnya banyak mengajar diri ini untuk menghargai masa dan mencuri masa apatah lagi ketika sahabat lain menyiapkan tugasan kerja kursus, kita diberi amanah dengan pelbagai tugas. Namun begitu, ketika itu, satu sahaja ayat yang selalu aku pegang dalam hatiku “ Sekiranya kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita”. Itu sahaja prinsip diriku dan aku tidak suka sekiranya aku menjadi JPP aku akan kecundang dalam akademik. Itu bukan prinsip hidupku dan aku yakin anugerah masa, nikmat segalanya yang dikurniakanNya bergantung pada diri ini untuk memanfaatkannya. Lantaran itu, aku cuba lakukan yang terbaik dalam peperiksaan mahupun tugasan yang diberikan agar diri ini menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Dunia kampus di IPG juga banyak mendekatkan diri ini dengan murid-urid sekolah khususnya sewaktu menjalani PBS dan juga praktikum. Seingat aku, senior-senior selalu sebut masa praktikum, macam-macam kerja perlu dilakukan khususnya apabila pensyarah ingin menyelia. Di dalam kepala ini, macam-macam difikirkan bimbang tak mampu dilaksanakan. Namun begitu praktikum pertama di SK Malau, aku sudah nampak apa sebenarnya tugas yang perlu diselesaikan sebelum praktikum lagi agar pengurusan masa sepanjang praktikum itu betul-betul terjaga dan mampu untuk melaksanakan yang terbaik. Kenapa orang boleh mendapat praktikum cemerlang, A?? kenapa aku tidak boleh? Kata-kata semangat sentiasa memotivasikan diri kerdil ini. Alhamdulillah, sepanjang praktikum 1 di SK Malau, praktikum 2 di SK Jitra 2 dan praktikum 3 di SK Jitra 3 aku dapat lalui dengan baik bersama teman praktikumku yang setia iaitu Mohd Syafiq dan juga Ab Rahman (Math). Setiap tugas, gerak kerja mahupun aktiviti sekolah akan dilakukan dengan sebaik mungkin serta kami belajar bagaimana ingin merapatkan hubungan dengan pihak pentadbir dan guru-guru. Setiap sekolah yang kami jalani praktikum, biarlah nama baik dan kenangan manis yang ditinggalkan bukan mencemarkan nama IPG Kampus Darulaman dan juga diri sendiri. Syukur juga kerana praktikum inilah mendidik diri ini untuk mengetahui gambaran sebenar sesi persekolahan serta beban tugas guru yang akan dipikul kelak.

Bercerita tentang dunia dan kehidupan di IPG pasti tiada noktah. Banyak kenangan dan pengalaman serta ilmu yang diperoleh di sini. Walau apa pun, suatu yang tidak dapat dilupakan adalah keakraban dan komitednya pensyarah-pensyarah di sini. Sebagai pelajar di bawah JAPIM, banyak perkara yang saya peroleh dan belajar dengan Ust Ahmad Zaki, Ustazah Jamilah, Ustazah Fadzliyah, Ustazah Mjadah, Ust Asri, Ust Zaini, Ust Aziz dan pensyarah-pensyarah yang lain. Tak lupa juga Pn Asiah, pensyarah cemerlang moral yang banyak memberi tips bagaimana untuk menjadi guru cemerlang kelak kini sedang saya praktikkan. Pensyarah-pensyarah saya yang banyak mendidik saya secara langsung mahupun tidak, saya bangga dengan mereka semua kerana itulah betul-betul contoh pendidik yang akan mendidik anak bangsa dan membangunkan modal insan. Semoga kalian sentiasa berada di dalam rahmat Allah.

Sekarang, dunia dan kehidupan di IPG sudah tiada lagi. Yang tinggal kini adalah realiti kehidupan di sekolah. Bagaimana yang dididik, di sinilah akan cuba dipraktikkan. Saat mendapat berita akan ditempatkan di Sarawak dengan ramai lagi sahabat-sahabat yang lain, hanya Allah sahaja tahu. Apatah lagi mendapat sekolah di kawasan yang tidak pernah dengar iaitu SK Nanga Selangau sehingga tercari-cari di dalam internet di manakah lokasi sebenar. Saat tiba di bumi Sibu, seterusnya dibawa oleh pihak PPD bersama 3 rakan lagi sebenarnya, tak sabar nak lihat sekolah dan situasi sekolah pertama ini. Sangat-sangat teruja. Cuma, pabila sampai di PPD, kemudian dibawa ke sekolah sebenar, Ya Allah waktu itu sangat mendebarkan. Melihatkan titi gantung dengan mengheret beg yang besar dan terus tercabut roda beg tersebut sungguh mencabar sahaja. Inilah realiti sebenar pabila ditempatkan di sekolah luar bandar mahupun lebih mencabar lagi di sekolah-sekolah pedalaman. Di sini, saya hanya mengajar subjek Pendidikan Islam sahaja untuk murid-murid Islam tahun 1-6 seramai 15 orang sahaja. Itulah anak didik saya. Banyak perkara perlu ditekankan khususnya kefahaman agama dan situasi ini tidak sama mengajar di semenanjung. Walau apa pun, saya hanya akan lakukan yang terbaik sahaja untuk mereka. Tak dinafikan, bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekirtaran yang baru apatah lagi berlainan budaya dan agama, tetapi lama-lama Alhamdulillah boleh juga menyesuaikan diri. Sepanjang di sini, sempat juga saya menziarahi sahabat-sahabat IPDA di Kapit, Kanowit yang lebih hebat cabarannya menyebabkan diri ini sentiasa bersyukur atas apa yang ditentukan oleh Allah. “ Dia akan menguji hambanya mengikut kemampuan”.

Kini, sudah hampir setahun mengajar di sini. Banyak yang saya pelajari. Yang baik saya ambil sebagai pengajaran, yang buruk jadikanlah ia sebagai sempadan dan sentiasa ingat dan perlu bersemangat dan bulatkan tekad dan niat untuk mengajar anak bangsa ini untuk merubah keadaan mereka suatu hari nanti. Semoga didikan serta semangat kita mengajar anak-anak ini dikira sebagai ibadat.

Akhir kata, artikel ini adalah sebenarnya realiti kehidupan yang saya lalui dan saya luahkan dan coretkan di sini bukan untuk kebanggan tetapi sebagai sekadar perkongsian. Terima kasih buat semua pendidik saya dari kecil sehinggalah kini, semoga kalian sentiasa dalam redha dan rahmat Allah. Buatlah yang terbaik dalam apa jua sekalipun dan betulkan niat dan sentiasa semangat kerana diriku adalah pencinta karirer guru sejak dahulu lagi. Doakan saya untuk perjuangan seterusnya…

- Nukilan ikhlas

(Muhammad Solehuddin B Abdul Roni)

SK Nanga Selangau, Sibu, Sarawak.

13 Oktober 2011

8.41 malam.

Tuesday, August 16, 2011

Tuesday, August 2, 2011

RAMADHAN DI BUMI SELANGAU

Selangau (3/8/2011): Assalamualaikum dan salam hormat untuk semua... selepas menikmati sahur...solat..sebelum ke sekolah teringin jugak nak catatkan sesuatu di sini. Alhamdulillah harini dah masuk 3 Ramadhan saya menyambutnya di bumi Selangau.Pertama kali meraikan Ramadhan jauh di bumi Sarawak ini. Kalau zaman belajar dahulu, semuanya dekat sahaja dengan mak ayah tetapi kini semuanya jauh...dulu mak selalu buat ikan bili sambal tu untuk makan sahur, tapi sekarang dah jauh x dapatla saya nikmati ikan bilis itu..Itulah makanan saya dan kawan2 especially waktu sahur...

Tahun ini malam pertama Ramadhan dah di sekolah. 1 Ramadhan Sarawak x cuti macam Kedah. Maka, solatlah terawih saya keseorangan diri dan lepas tu tidur dengan hajat nak sangat bangun sahur..tetapi terjaga dah 5.32, habis dah waktu sahur. Kalau di Kedah sempat lagi ni..hehe...tapi ni Sarawak..habis awal sahuq..bukak posa pun awal..hehe...

Walaubagaimanapun, hari pertama Ramadhan berbuka dengan murid-murid Islam dan guru-guru perempuan Islam sangat menyeronokkan. Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Amelia, Kak Asbaidah, Kak Ejan, Kak Hanim dan Kak Nurul yang bertungkus-lumus menyediakan sahur dan berbuka untuk saya dan anak-anak Islam di sini. Bagi saya especially sebagai guru agama, saya rasa sangat bertanggungjawab nak jaga anak-anak Islam dan menggalakkan mereka belajar berpuasa. Kalau saya seorang mungkin saya x pikir sangat dah nak bebruka seorang diri..pandai2 la kan saya mencari, tetapi demi anak-anak ini..Alhamdulillah dengan kerjasama guru-guru..semuanya dipermudahkan olehNya.

2 Ogos sewaktu perhimpunan telah saya adakan pelancaran Ihya Ramadhan dan Penghayatan Nilai-nilai murni...sempat saya buat banner untuk program ini. Terima kasih guru2 dan staf yang memberi sokongan. Seronok buat program ini especially kita nak kan sesuatu hasil dari murid-murid. Walau apa pun, perjalanan saya di bumi Selangau tahun ini sangat memberi kesan kepada diri ini untuk terus berjuang mendidik anak bangsa.

Owh lupa pulak..nak ceritakan..pada malamnya..alhamdulillah..kami guru2 dan anak2 Islam di sini menunaikan solat isyak, terawih dan witir secara bersama...seronok sangat rasa bila kami semua bersama..lepas terawih minum malam dulu mcm moreh la..hehe...Alhamdulillah...terima kasih semua. Semoga Allah murahkan rezeki untuk kita semua..amin ya robb...