Tuesday, March 22, 2011

ANUGERAH EMAS!! HADIAH UNTUK IBU & AYAH

Selangau (22/3/20110 : Salam semua...sudah lama berhenti menulis..hari ini baru terfikir ingin mencoretkan sesuatu...Alhamdulillah selesai seminggu aku pulang cuti ke semenanjung untuk menghadiri konvokesyen..kini aku kembali berjuang sebagai pendidik seperti biasa...

Apa yang aku ingin kongsikan dengan kawan-kawan semua adalah hadiah istimewa aku peroleh semasa konvokesyen...Unexpected aku rasa!! Betulkah aku?? Ya Allah macam mimpi aku mendapat anugerah itu....terbaik IPGM... aku bersyukur sangat..sebelum konvo..lecturer banyak mintak biodata...tanya mengajar di sekolah mana..mcm itu sahaja...ada yang kata tahniah!! sapu semua...tapi semua itu untuk anugerah dalam IPG Kampus Darulaman sahaja... x terlintas seluruh IPGM...

so..bila hari raptai..aku ternanti...ada berita baik x untuk aku?? sampai habis taklimat masih kabur lagi..yang bahagian pengurusan induk suruh semua penerima anugerah tunggu..hatiku tertanya...aku ni penerima anugerah x? x dimaklumkan secara rasmi pun... sampai aku call lecturer...pastu aku redah je ke depan..nak semak...

Bila pegawai tu sebut nama aku..alhamdulillah..syukur sangat... pastu dia panggil aku dok sebelah dia..dia kata esok kamu naik pentas 2 kali..sekali lagi naik untuk terbaik keseluruhan..Tan Sri akan sarungkan selendang untuk kamu...aku terkejut! Ya Allah...terus aku call mak aku.... syukur sangat...

Maka hari yang dinantikan telah tiba... berdebar hatiku..mcm x leh tidoq pun ada..memikirkan kalau naik pentas tersepak tangga ka?? jatuh ka?/ topi jatuh ka??haha... alhamdulillah...aku menerima anugerah dengan tenang..terus dibawa ke luar dewan untuk sesi fotografi... lepas tu terus wartawan serbu aku..tanya soalan macam-macam...tangkap gambar...sampai masuk buletin 1.30 di TV3.. aku x sempat tengok sebab baru on da way balik dari Putrajaya....keesokannya..semangat ayahku beli akhbar..dia nak balik laminate...aku sungguh seronok kerana aku dapat membahagiakan ibu & ayahku..merekalah orang yang paling berbangga...orang yang paling seronok.... dan paling best..adik-beradik aku semua happy....

Petang tu kami sambut dan rai kejayaan ini dengan doa kesyukuran dan mak aku sponsor sate kajang 150 cucuk...alhamdulillah..seronok dapat bersama-sama keluarga...

Maka di kesempatan ini..aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat :
1) ayahku Hj Ab Roni dan mak Hjh Normah
2) semua sedaraku kak muni, kak wa, abg wan, min. ayie
3) anak 2 buahku..hazim,haikal, hakim & sofea..
4) guru2ku di sk sg lalang, maktab mahmud yan, maktab mahmud alor star
5) pensyarah2ku di bumi IPG Kampus Darulaman
6) rakan2ku dan semua yang mengenaliku dan sentiasa memberi sokongan kepadaku...

Alhamdulillah..haza min fadhli Robbi.... Terima kasih Ya Allah atas kurniannmu...

Monday, March 14, 2011

HATI GEMBIRA!!!

Kelana Jaya (14/3/2011) : assalamualaikum dan salam hormat semua...dah masuk hari ketiga aku tiba di semenanjung....penat juga perjalanan jauh beribu batu ditambahkan lagi dugaan flight delay..maka..lewat aku tiba di KLIA...aku bermalam di situ dahulu..kemudian sesudah solat Subuh, aku mengambil erl KLIA Ekspress terus ke KL Sentral dan kemudian mengambil LRT ke umah kakakku di Kelana Jaya..sampai pagi tu terus makan nasi goreng & roti canai..badan terasa amat letih..lalu kutidur dahulu sehingga Zohor..

Petang itu, sempat aku ke MATTA Fair di PWTC..kalau pergi dengan member, boleh plan nak pergi bercuti ke mana...tapi aku banyak melihat saja la..then lepas tu sempat kami makan nasi & tom yam di kampung baru...wow..nyaman sangat masakannya....serve pun cepat...

emm..kawan-kawan..kenapa hatiku gembira?? hehe....firstly Alhamdulillah aku selamat tiba di semenanjung....dapat jumpa keluarga, kawan-kawan....esok paling best..nak pergi ambik jubah konvo dengan kawan-kawan....jumpa..sembang2 dengan lecturer....mesti banyak lagi ceritanya....

hatiku x sabar nak naik pentas terima ijazah....hehe....semua ini hadiahku buat ibu & ayah....juga keluarga...

hatiku gembira!!!!!!!!!!

Wednesday, March 9, 2011

MAKANAN

Selangau (9/3/2011) : Salam semua...baru lepas kelas tambahan dengan murid-murid 6P.. emm..lepas kelas..banyak borak-borak dengan mereka..hehe..saja nak tambah pengalaman...dan pengetahuan tentang budaya...

aku sembang dengan depa...eh..sapa nak ikut cikgu balik semenanjung?? pakat angkat tangan..hehe..semangat..depa kata nak belajar sampai tinggi-tinggi..nak belajar di U sana..bagusla semangat mereka..emm...pastu aku kata la cikgu lapar makanan semenanjung..hehe.....makanan sini ok..tapi x pedas...kalau di sana kan makanan urmm la..sambal belacan la..kira yang pedas-pedas la...hehe....depa pun cakap...cikgu...biawak nyaman...labi-labi....kura-kura....macam2 lagi la...uish..nyaman ke?? emm..nyaman cikgu..buat gulai..masak kicap..hehe..macam-macam la anak-anak ni...

and yang paling bagus tu..mereka tahu apa makanan yang Islam tidak boleh makan macam "khinzir"..mereka kata bagi mereka...time gawai mereka akan sembelih binatang itu..kira macam buat kenduri la..kalau kita time raya korban sembelih kerbau, lembu, kambing buat kenduri..itulah budaya masing-masing...aku belajar la jugak...

emm..kawan-kawan..2 hari lagi aku nak berangkat balik...x sabar rasanya..yang paling aku nak makan sambal belacan..berat kena naik balik ni...hehe..insya Allah....nikmat itu semua dari Allah... jumpa lagi di entri yang lain...

Saturday, March 5, 2011

PERBEZAAN MURID BANDAR & LUARBANDAR

Selangau (5/2/2011) : emm...meneruskan sesi sunyiku dengan menaip pengalamanku di sini... malam ni ingin ku berkongsi cerita apa beza murid bandar & luar bandar berdasarkan pengalamanku sewaktu praktikum dan kini mengajar di sebuah sekolah luar bandar..

1) SIKAP IBU BAPA
murid di bandar hari ini ada sikap ego yang sangat tinggi (saya x merujuk mana2 tempat)..mereka lebih bangga dengan ibu ayah mereka yang bekerjaya besar...menjawat jawatan besar lebih daripada guru..oleh itu, mereka menganggap guru ini sebagai insan biasa kerana ibu ayah mereka lebih hebat daripada guru. Maka timbullah masalah ibu bapa menyerang guru, ibu bapa banyak meyebelahi anak dan ibu bapa kata guru x pandai mengajar. Bagi saya senario keadaan ini menunjukkan tahap kepekaan dan penghargaan seorang ibu @ bapa kepada guru sangat rendah. Hakikat di luar bandar, ibu bapa sangat menghormati guru dan mereka menyanjung guru kerana guru memberi ilmu kepada anak mereka. Jarang berjumpa ibu ayah di luar bandar menyerang guru malah tahap hormat mereka kepada guru sangat tinggi.

2)SIKAP MURID
Jika di bandar, ( x semua tempat), susah nak lihat anak murid menolong guru tanpa diminta..namun realiti anak-anak di luar bandar ini sentiasa menghulurkan bantuan kepada guru tanpa disuruh.Pengalaman ini saya alami sendiri, bila saya tiba di sini.Merekalah yang membantu membersihkan bilik saya, mengangkat beg saya dan mengemas bilik agama saya walaupun perbezaan agama. Saya sangat kagum dan rasa sejuk hati mendapat anak didik seperti ini. Malah, bila saya perlukan bantuan, cakap saja mereka terus akan datang...Ya Allah bertuah anak2 ini...

3) KEPENTINGAN PELAJARAN
Murid-murid di bandar saya tak nafikan kebanyakan mereka amat pentingkan pelajaran. Mereka terdedah dengan kolej,universiti dan peluang pekerjaan yang hebat di sana sekaligus mereka nampak hala tuju mereka. Namun begitu, lainnya di luar bandar. Apa yang saya peroleh daripada sembang-sembang saya dengan sahabat-sahabat lain..ada yang memperoleh UPSR 3A2B, dan itu kira hebatlah di luar bandar @ pedalaman ini..namun guru sendiri terpaksa memujuk keluarga, murid tersebut untuk sekolahkan di kawasan bandar dan tinggal di asrama. Namun, mereka sukar untuk ke sana dan mereka tidak nampak hala tuju dan tidak dapat membuka minda untuk meneruskan perjuangan ke tempat yang lebih tinggi. Justeru, di sini, guru luar bandar bukan sahaja berperanan mengajar malah menjadi agen perubahan kepada sesebuah komuniti setempat..hebatkan guru di pedalaman @ luar bandar..tugas bukan hanya tertumpu di sekolah dan mengajar malah juga kepada keluarga murid-murid.

4) BERDIKARI
Kalau sekolah rendah di bandar, suka nak lihat murid-murid tinggal di asrama...namun di luar bandar@pedalaman di sini..murid-murid kebanyakan tinggal di asrama. Tahun 1 pun ada yang tinggal di asrama..kagum saya tengok mereka..basuh baju sendiri...bersihkan asrama....bangun seawal jam 5pagi...time tidur senyap ja..sungguh berdisiplin la senang cerita... Moga-moga dengan tahap berdikari mereka yang sangat tinggi ini akan membolehkan mereka juga berusaha dan berjuang untuk menjadi insan yang terbaik..

Friday, March 4, 2011

BAHASA IBAN

Selangau (5/3/2011) : emm.....today cuti...minggu ni ja aku x tidoq di hotel..aku rasa x pa la..x perlu...minggu depan dah nak balik semenanjung..so, x pe la...duduk je la di quaters ni..boring pun x kisah....pandai2 la nak menyesuaikan diri di sini.... emm...today teringin sangat aku nak ceritakan tentang bahasa Iban... sebagai guru opsyen Bahasa Arab..aku memamng minat dengan bahasa..aku nak ja belajar Bahasa Iban di sini yang merupakan benda baru bagiku... mula2 datang, susah nak faham apa yang mereka cakap..lama2 sikit2 aku tahu la...

emm...nadai.....bisik.... apa tu ? owh..nadai maksudnya tiada...bisik maksudnya ada... ada lg time aku pergi makan di rumah Cikgu Budiman...ada sorang tu ckp..canai sitik?? apa tu?? roti canai kuah itik ka??? rupanya sitik tu maksudnya satu..haha... satu lg time nak g ambik budak Muslim Tahun1 ke kelas agama..nampak Cikgu Jantai baru keluar dari kelas tu....Cikgu Jantai memang Ket.Panitia Bahasa Iban...dan mengajar Bahasa Iban untuk Tahun 1..aku curi2 tengok apa yang Cikgu Jantai tulis...

"Nama aku _________

yang atas tu aku faham semua...

cuma ni ja...

"Juluk ati aku deka nyadi ___________ "
apa tu?? hehe...aku hafal ayat tu...

guru-guru aku untuk Bahasa Uban ni adalah budak2 Tahun 6C.. aku akan tanya depa time aku masuk untuk kelas moral.... baru ku faham..deka tu maksudnya ingin..... nyadi tu= jadi...
so " Juluk ati aku deka nyadi guru" hehe...
aku excited sangat ckp dlm kelas 6C... kalau sebut nadai...depa seolah-olah mcm kagum denganku..haha...depa tanya "Cigu,kamu belajar mana??" haha...aku kata saya belajar dari kamu... lepas tu macam2 lagi aku tanya..rasanya kaedah terbaik aku lepas ni..aku kena catat setiap satu perkataan yang aku pelajari...so..vocab aku makin bertambah....insya Allah...

sekarang..budak2 tu akan cuba ckp Iban..aku x faham...mereka akan translate dekat aku... seronok la rasa suasana di sini...x da member pun..kawan dengan budak2 Tahun 6 tu, rasa macam adik-adik sendiri dah..thanks semua....

Tuesday, March 1, 2011

KETIBAANKU DI SK NANGA SELANGAU

Selangau (1/3/2011).. selepas menunggu sekian lama di PPD Selangau..pihak PPD menghubungi pihak sekolah untuk mengambilku. GB x dapat mengambil kerana mereka ada gotong-royong membersihkan sekolah...kata pihak PPD, sekolah baru lepas banjir sahaja...PPD kata padaku..x pa cikgu..SK Nanga Selangau dekat sahaja..10 minit jalan kaki pun sampai...dalam hati aku..kalau nak keluar bukan ke pekan selangau ni ok la kan...x la teruk sangat tempat aku ni..hehe....kemudian.... 2 orang staf datang mengambilku di PPD...aku pun memasukkan beg besarku dan terus kami bergerak ke SK Nanga Selangau...uish..10 minit nak berjaaln?? bukan dekat la..jauh jugak ni... kalau ada moto ok la..sampai aku di simpang nak ke SK Nanga Selangau..wow..titi gantung?? good...cantik sangat..special sangat..x menduga aku wajib lalu titi ini.. aku pun bawala beg besarku melalui titi itu..kemudian lepas titi itu rupanya jauh jugak aku perlu membawa beg melalui titi lain...senang cakap...mcm bawah tu paya....so..memang sesuai la titi ni wujud..dan titi ini memang sampai ke quaters..waktu aku mengheret beg rodaku tu..tiba2..En Darwin tegurku.."Cikgu, roda tercabut..."... aku terus ambil roda beg tu..pegangnya..panas sangat...mungkin beg yang kubeli di Tesco Sg Petani tu x mampu dah nak menjalankan tanggungjawabnya...penat sangat.... hehe..... macam nak tergelak pun ada..roda cabut.... (jauh la perjalanan tu....)

Kemudian setibanya aku di sekolah itu..terus aku letakkan beg aku di bawah itu..dan naik ke pejabat sekolah untuk mendaftarkan diri... Kemudian, Cikgu Amir yang datang mengambilku ke quaters guru....Alhamdulillah..anak-anak Iban ini yang tolong mengangkat beg aku ke quaters..Thanks Nemrood & rakan-rakan... Mereka juga tolong dengan Cikgu Amir kemaskan bilik aku di quaters..sangat terharu.....banyak la yang mereka tolong..keluarkan barang-barang yang tidak digunakan....harini memang aku rasa keletihan sangat..dari pagi naik flight sampaila ke sekolah....long journey....walau apa pun..aku rasa bertuah ditempatkan di sini...

p/s : jangan lupa nantikan entri seterusnya...apa perasaanku setelah 2,3 hari di sini...