Friday, June 12, 2009
kursus kepimpinan jpp 2009
alhamdulillah...tengah cuti tapi tinggal seminggu lagi...hehe...cepat rasanya...tp memang memanfaatkan sungguh-sungguh cuti kali ni...merehatkan diri...29 mei-1 jun baru2 ni, best sangat dapat kursus jpp zon utara di langkawi...pertama, dpt kawan, kedua dapat ilmu pengetahuan...itu yang paling penting... aku dapat rasakan kursus ilmiah dan enjoy seperti ini memang berkesan untuk para pemimpin...kepada semua peserta kursus dari seluruh jpp ipg utara, tahniah dan moga ukhuwah kita berkekalan....
Thursday, April 23, 2009
YDP JPP 2009
UCAPAN
YANG DIPERTUA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2009
Bismillah.......
Alhamdulillah.............
Yang Berbahagia, En Shaari B Osman, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Darulaman,
Yang Berusaha, Tn Hj Abdullah B Mat, KJ Pengajian Melayu, Pengerusi Pengelola Perhimpunan,
Yang Berusaha, En Ahmad Shukri B Mustaffa, KJ HEP,
Yang Berusaha, Tn Hj Chik B Lat,
Yang Berusaha, En Mohd Zahir B Mohd Darus, Ketua Pensyarah Penasihat JPP 2009,
Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, barisan pensyarah, sahabat-sahabat exco JPP, seterusnya sidang hadirin rakan pelajar sekalian.....
Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam mahabbah....
Alhamdulillah, pertamanya, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta taufiknya, dapatlah kita sama-sama berkumpul di Dewan Besar IPGM KDA untuk menjayakan perhimpunan mingguan serta majlis watikah pelantikan jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2009.
Sidang hadirin sekalian,
Saya mewakili seluruh exco jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2009 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbiran dan seluruh rakan pelajar atas kepercayaan untuk kami memegang amanah sebagai perantara antara pihak pentadbiran dan seluruh rakan pelajar.
Sesungguhnya, amanah yang diberikan ini adalah amat berat, namun begitu insya-Allah barisan kepimpinan sesi 2009 akan mengorak langkah sedaya upaya mungkin melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan terbaik.
JPP pada tahun ini dibarisi oleh 25 orang exco iaitu 7 majlis tertinggi dan 18 barisan exco bagi setiap biro. Walaupun keanggotaan 25 orang, mengemudi hampir 1000 pelajar di IPGM Kampus Darulaman ini, ia bukanlah suatu yang amat sukar untuk dilaksanakan. Kami amat memerlukan sokongan padu serta bantuan rakan pelajar, pensyarah serta pihak pentadbiran dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan jayanya.
JPP pada tahun ini berpegang kepada motto, ”Suara Pelajar Keutamaan Kami”, dengan misi menjadikan barisan kepimpinan JPP 2009 berdedikasi, berketrampilan serta menampilkan keperibadian yang unggul dalam memimpin serta menerajui seluruh pelajar ke arah kegemilangan dan kecemerlangan dalam semua aspek sejajar dengan FPG dan FPK.
Dengan misi dan motto yang ditetapkan, insya-Allah, apa yang diharapkan dan dirancang oleh barisan kepimpinan tahun ini bakal direalisasikan seperti yang diimpikan. Sokongan dan tunjuk ajar barisan pensyarah yang berpengalaman amat diperlukan kerana anda semua adalah permata berharga yang memiliki penuh pengalaman.
Buat seluruh rakan pelajar yang lain, terima kasih atas undian dan sokongan anda dalam memilih barisan kepimpinan yang telah dibentuk secara rasmi hari ini. Berilah sepenuh sokongan kepada kami serta bantuan yang sedaya mungkin dalam sama-sama kita menjulang IPGM Kampus Darulaman diantara IPG paling gah di Malaysia.
Sebagai intiha, sekali lagi saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan kepada kami semua untuk membarisi kepimpinan JPP 2009. Jutaan terima kasih juga kepada semua pihak yang menjayakan majlis watikah pelantikan JPP sesi 2009 pada hari ini.

thanks a lot..........
Friday, March 6, 2009
emmm...2009
salam kengkawan..lama gak x mencoret dalam blog ni... aritu bz..tp x la bz sangat...susah dpt internet... sekarang ni enjoy je guna internet.. arini dah berjaya siapkan 1 assignment...alhamdulillah... eh, 14 mac ni, jemput la semua kengkawan yang baca blog ni ke rumah, ada kenduri kahwin kakak... sabtu minggu depan ya...jemput la semua ya... aku pun x sempat balik rumah lagi...sibuk memanjang...minggu depan, khamis baru balik...ntahla...x sempat nak tolong apa pun...
Sunday, November 30, 2008
hai...
salam kengkawan semua...baru balik mengajar tadi tertido jap.... lama x buka internet...so sekarang nak coret la something..emmm...habis program dkt dusun resort aritu...letih bangat..bayanglah 183 peserta. faci 11 orang ja..ada yang jatuh, lari sendi...pengalaman yang tak dapat lupakan kena handle...tapi yang paling best, bilik untuk faci..sebilik 2 orang ja...memang hebat..habis program tu aku direct terus ke yan umah mak angkat aku..saje tido situ semalam, menenangkan diri baru habis program.... sekarang ni, x ada apa yang kulakukan melainkan meneruskan pengajian mengajar bebudak taman yang nak cecah 30 orang dah...malam-malam pulak mengajar depa mengaji...alhamdulillah cutiku terisi sekarang ni....
Sunday, November 16, 2008
cuti! cuti!!!!
salam kengkawan...buat apa cuti ni???? bina badan...hehehe... emm, aku boring gak dok 3 hari di umah ntah nak wat apa...maka bermulalah perancangan aku cuti ni... aku wat kelas tahsin al-quran dan pemantapan fardhu aini dekat surau umah aku khas untuk bebudak cuti sekolah...so, boleh la kongsi ilmu dan ajar bebudak kat taman aku tu.... yuran murah ja rm15.00...... emm, tapi minggu ni x buat lagi la, aku join kem remaja dekat dusun resort sebagai fasilitator under syarikat ip minda, kuala lumpur....... saja try join syarikat baru ni.... 23 ni baru start aku ngajar bebudak dkt surau tu.... emm...satu lagi, thanks la kengkawan yang mai umah aku 13nov haritu before balik kg halaman masing-masing...fizah, ummu, mardhiah, erni, aisyah, rizal n amini..... nak datang bila2 cakap je la, aku open ja umah aku kat korang semua....khas wat amini, thanks a lot kerana dapat gak bertandang ke umah abg soleh....kenduri abg amini, mak abg soleh suruh pergi...tp memikirkan beberapa faktor, 18 memang nak kena turun ipoh gak, 14 tu ngajar bebudak kat surau...so, x dapatla datang...terima kasih atas jemputan yang special tu..... insya-allah, panjang umur akan sampai jugak abg soleh dkt umah amini..... so, i stop sini dulu...aizzad kacau...huhu...
Wednesday, November 12, 2008
alhamdulillah...
hai kengkawan.... alhamdulillah, aku baru selesai exam...fuh...lega rasa hati... sem ni agak tertekan dengan subjek!!!!! tapi alhamdulillah segalanya dapat dilalui...entahla macam mana pointer nanti, jatuh!!! naik!!! tak taula.... anyway, thanks to all my beloved lecturer and my friends pismp ba... sokongan korang, aku dapat rasa semangat perjuangan ini.... tak lupa mak ayah yang senantiasa berdoa untuk diriku ini....
next year, ntahla macam mana keadaannya pulak...
aku kena lalui praktikum, satu laluan dan pengalaman baru aku ni.....
sama-sama la kita berdoa untuk kejayaan kita bersama!!!!
Tuesday, October 7, 2008
salam aidilfitri......
hai...salam aidilfitri wat semua.......
lambat nak ucap ya.......sibuk lagi........
apepun, saya pohon bebanyak kemaafan kepada semua pendidikku di sk sglalang, maktab mahmud yan, maktab mahmud alor star dan pensyarah di ipgm kampus darulaman...
buat kengkawan, pohon banyak kemaafan andai ada terkasar bahasa atau kekhilafan sepanjang aku berkawan dengan anda semua.......
good luck 4 exam!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)