Saturday, March 6, 2010

Ceramah Maulidur Rasul..






Alhamdulillah..sempena Maulidur Rasul, aku diberi peluang untuk menyampaikan ceramah di SKJ 3 (tempat aku menjalani praktikum), Taman Sultan Abdul Halim (rumah pengajian Ustazah Nazrah) dan SK Bukit Pinang (menggantikan Ustaz Radzi)....semua peuang ini menjadikan aku lebih matang dalam menguruskan segala perkara....bagaimana berhadapan dengan adik2...memberi input berguna kepada mereka serta memberi muhasabah sehingga menitiskan air mata mereka...bukan aku minta titisan air mata itu..tetapi yg aku harapkan adalah keinsafan dan kesedaran mereka untuk menghargai ayah dan ibu mereka...Insya Allah...apa yang aku harapkan adik2 ini menjadi anak yang soleh dan solehah...

Saturday, February 27, 2010

AL-Quran KALAMULLAH..

Just remind untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat....sama-samalah kita membaca AlQuran dan menjadikannya pedoman hidup....

Thursday, February 25, 2010

KEM BESTARI SOLAT DI SKJ 3 &JAMUAN


Alhamdulillah..sebulan dah aku menjalani praktikum di SKJ 3...Banyak suka duka yang telah dilalui di sini........Seronok semuanya..makin rapat dengan guru-guru....Pada 20 Feb...telah membantu guru-guru jqaf dan GPI untuk mengadakan kem solat untuk tahun 1&2..cabaran juga....bdk2 tahun 1 masih kecil dan nakal.....berlari merata..x leh duduk diam..biasalah kanak2..... pastu kena observe dah 2 kali dah....pertama pada 18 Feb..untuk minor Alquran...pastu major pada 25 Feb...Ustaz Zaki...KJ JAPIM sempat juga membuat pemantauan pada 18 Feb.....beri semnagat padaku dan kawan2....Syukran Ustaz..... En Hashim, Pegawai Praktikum pun sempat datang untuk memberi borang kajian praktikum..... emmm...sebulan di SKJ 3 rasa cepat sahaja masa berlalu..... Guru-guru SKPK yang transit di SKJ 3 juga telah berangkat ke sana memulakan persekolahan baru di sekolah baru....sunyi rasa sekolah..bukan setakat guru....murid-murid hampir 300 orang juga berpindah ke sana....emm...walau apa pun berlaku sebulan di sini...semuanya menjadi kenangan...moga berjaya dalam praktikum kali ini..Amin....

Wednesday, February 3, 2010

praktikum fasa 3..


alhamdulillah..syukur aku panjatkan kepada Ilahi kerana dipanjangkan umurku dalam meneruskan perjuangan dakwahmu menjadi pendidik...kini aku start menjalani praktikum di skj 3 dan mengajar bahasa arab tahun 4...lama sungguh aku x coretkan apa2 dalam blog kesayanganku ni...insya allah, akanku cuba aktifkan kembali blog ini....29 januari aku telah kehilangan sahabat kelasku mohd asyraf mohd ariffin....doakanlah moga rohnya dicucuri rahmat Ilahi....al-fatihah...

Friday, June 12, 2009

kursus kepimpinan jpp 2009

alhamdulillah...tengah cuti tapi tinggal seminggu lagi...hehe...cepat rasanya...tp memang memanfaatkan sungguh-sungguh cuti kali ni...merehatkan diri...29 mei-1 jun baru2 ni, best sangat dapat kursus jpp zon utara di langkawi...pertama, dpt kawan, kedua dapat ilmu pengetahuan...itu yang paling penting... aku dapat rasakan kursus ilmiah dan enjoy seperti ini memang berkesan untuk para pemimpin...kepada semua peserta kursus dari seluruh jpp ipg utara, tahniah dan moga ukhuwah kita berkekalan....

Thursday, April 23, 2009

YDP JPP 2009

UCAPAN
YANG DIPERTUA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2009


Bismillah.......
Alhamdulillah.............

Yang Berbahagia, En Shaari B Osman, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Darulaman,
Yang Berusaha, Tn Hj Abdullah B Mat, KJ Pengajian Melayu, Pengerusi Pengelola Perhimpunan,
Yang Berusaha, En Ahmad Shukri B Mustaffa, KJ HEP,
Yang Berusaha, Tn Hj Chik B Lat,
Yang Berusaha, En Mohd Zahir B Mohd Darus, Ketua Pensyarah Penasihat JPP 2009,
Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, barisan pensyarah, sahabat-sahabat exco JPP, seterusnya sidang hadirin rakan pelajar sekalian.....

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam mahabbah....

Alhamdulillah, pertamanya, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta taufiknya, dapatlah kita sama-sama berkumpul di Dewan Besar IPGM KDA untuk menjayakan perhimpunan mingguan serta majlis watikah pelantikan jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2009.

Sidang hadirin sekalian,

Saya mewakili seluruh exco jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2009 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbiran dan seluruh rakan pelajar atas kepercayaan untuk kami memegang amanah sebagai perantara antara pihak pentadbiran dan seluruh rakan pelajar.

Sesungguhnya, amanah yang diberikan ini adalah amat berat, namun begitu insya-Allah barisan kepimpinan sesi 2009 akan mengorak langkah sedaya upaya mungkin melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan terbaik.

JPP pada tahun ini dibarisi oleh 25 orang exco iaitu 7 majlis tertinggi dan 18 barisan exco bagi setiap biro. Walaupun keanggotaan 25 orang, mengemudi hampir 1000 pelajar di IPGM Kampus Darulaman ini, ia bukanlah suatu yang amat sukar untuk dilaksanakan. Kami amat memerlukan sokongan padu serta bantuan rakan pelajar, pensyarah serta pihak pentadbiran dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan jayanya.

JPP pada tahun ini berpegang kepada motto, ”Suara Pelajar Keutamaan Kami”, dengan misi menjadikan barisan kepimpinan JPP 2009 berdedikasi, berketrampilan serta menampilkan keperibadian yang unggul dalam memimpin serta menerajui seluruh pelajar ke arah kegemilangan dan kecemerlangan dalam semua aspek sejajar dengan FPG dan FPK.

Dengan misi dan motto yang ditetapkan, insya-Allah, apa yang diharapkan dan dirancang oleh barisan kepimpinan tahun ini bakal direalisasikan seperti yang diimpikan. Sokongan dan tunjuk ajar barisan pensyarah yang berpengalaman amat diperlukan kerana anda semua adalah permata berharga yang memiliki penuh pengalaman.

Buat seluruh rakan pelajar yang lain, terima kasih atas undian dan sokongan anda dalam memilih barisan kepimpinan yang telah dibentuk secara rasmi hari ini. Berilah sepenuh sokongan kepada kami serta bantuan yang sedaya mungkin dalam sama-sama kita menjulang IPGM Kampus Darulaman diantara IPG paling gah di Malaysia.

Sebagai intiha, sekali lagi saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan kepada kami semua untuk membarisi kepimpinan JPP 2009. Jutaan terima kasih juga kepada semua pihak yang menjayakan majlis watikah pelantikan JPP sesi 2009 pada hari ini.
thanks a lot..........


Friday, March 6, 2009

emmm...2009

salam kengkawan..lama gak x mencoret dalam blog ni... aritu bz..tp x la bz sangat...susah dpt internet... sekarang ni enjoy je guna internet.. arini dah berjaya siapkan 1 assignment...alhamdulillah... eh, 14 mac ni, jemput la semua kengkawan yang baca blog ni ke rumah, ada kenduri kahwin kakak... sabtu minggu depan ya...jemput la semua ya... aku pun x sempat balik rumah lagi...sibuk memanjang...minggu depan, khamis baru balik...ntahla...x sempat nak tolong apa pun...