Sunday, February 27, 2011

8hb PENERBANGANKU KE BUMI KENYALANG

Selangau : 28/2/2011.. detik-detik yang dinantikan telah tiba..jantungku masih berdebar..maklumla nak terbang jauh meninggalkan semenanjung... 4.30 pagi aku telah bangun dari tidur..perancanganku dengan kakak,abang ipar dan ibuku ingin bertolak ke KLIA jam 5.30 pagi dan Solat Subuh di sana. Alhamdulillah, awal pagi itu, pada jam 5.30 pagi aku berangkat ke KLIA menaiki Innova..pagi-pagi itulah Ridhuan menghubungiku menceritakan perihal masyarakat kampung di sekolahnya....yang anti orang semenanjung katanya..fuhh!! macam2 dugaan sebenarnya... Aku tiba di KLIA kira-kira jam 6.00 pagi dan terus bergerak untuk menunaikan Solat Subuh. Sudah kelihatan ramai sahabat-sahabat dari IPG menunaikan solat dan berhimpun di KLIA. Sempatla kutemui sahabat-sahabat dan kenalan dari JPP IPG lain yang pernah dulu bertemu dalam program JPP.

Luas jugak kawasan KLIA ini..kalau x tahu memang boleh sesat. kakakku yang memberi tunjuk ajar kepadaku di mana pintu masuk, keluar, tempat untuk timbang beg dan sebagainya. Aku dan sahabat-sahabat yang lain terus bergerak mengambil tiket dan menandatangani pengesahan ambil tiket dari pegawai KPM dan kemudian kami check in bank ke kargo mengikut flight masing-masing. Pagi itu sahaja ada yang akan berangkat ke Sandakan, Miri dan kami yang terakhir ke Sibu flight jam 8.50 pagi. Pagi itu, semua nampak ceria sahaja, maklumlah dah lama x bertemu dan x sabar rasanya untuk memulakan profesion perguruan ini..takut ilmu hilang kot..hehe... Macam-macam yang dibualkan. Sempat juga berposing ambil gambar dengan kawan-kawan, dengan mak dan kakak.

Saat yang dinanti sudah tiba. Jam 8.20 pagi kami semua yang ke Sibu akan check in. Nak nangis?? x kot..sebab ramai kawan-kawan, so ada semangat sikit. Alhamdulillah, salam dengan bonda dan mohon restu dari mereka..semoga penghijrahanku ke sini mendapat rahmat dari Yang Esa. Jauh perjalanan kami semua untuk ke flight...kalau orang ada sakit lutut..sakit tumit memang kena pakai wheel chair..Alhamdulillah semua ni masih muda...so...semua kuat-kuat lagi nak berjalan laju... suasana dalam flight MAS biasa ja...walaupun first time naik, awal-awal macam teruja..sudah lama..rasa bosan...naik bas lagi best..hehe....walau apa pun, dah nak buat macam mana..itulah satu2nya kenderaan untuk menyerebangi laut china selatan.

Pagi itu kami semua sarapan dalam flight..nasi lemak + sambal udang...sepanjang perjalanan, bersembang saja la dengan kawan2 sebelah..ada yang akan ke Song, Daro,Kapit dan lupa juga kami yang akan ke Selangau.. :). Kami tiba di airpot Sibu jam 10.5o mcm itulah... usai kami tiba di airport Sibu, fuh..rasa suasana macam dok negara luar..sebb airport ni nampaknya masih usang lagi..Kami pun mengambil beg masing-masing dan terus diagihkan oleh pihak pegawai di sana mengikut kawasan masing-masing. Di situ juga, kami mendapat surat pelantikan oleh PPD masing-masing.

Kami berempat sahaja ditempatkan ke Daerah Selangau (aku di Sk Nanga Selangau, Abang G di SK Bukit Arip, Don di SK Sg Sepiring & Faris di SK Iban Union). Sepanjang perjalanan kami ke PPD Selangau..kami asyik bercerita dan bersembang dengan pemandu PPD itu. Bertanyakan kawasan Selangau, kedai makan, bank dan macam2...semuanya kami nak tahu..maklumla nak duduk lama di tempat orang. Perjalanan dari airport Sibu ke Selangau mengambil masa kira-kira 1 jam...lama jugak la..dan pemandangan kami sepanjang jalan itu hanyalah hutan2, rumah2 panjang...memang betul kawasan Iban. Kami tiba di PPD lebih kurang jam 12.30 tengah hari dan mendapat sedikit taklimat dari bahagian gaji PPD... Usai urusan dan membeli barang2 sambil memantau di pekan kecil Selangau itu, kami masing-masing sedang menunggu ketibaan GB untuk mengambil kami ke sekolah masing-masing..Kami berempat kena keep in touch sebab kamilah yang ditempatkan di sana...jarak sekolah kami bukan dekat...semuanya berjauhan.... (continue)

No comments: