Sunday, February 27, 2011

PERSEDIAAN & PERSIAPAN

Selangau 27/2/2011 : continue...... sebelum aku berangkat ke Bumi Kenyalang ini..banyak persediaan yang aku lakukan..antaranya membuka KWSP, pergi ke KASTAM untuk buat DPT, selesaikan akuan bank untuk gaji, membeli kelengkapan-kelengkapan peribadi yang lain...Baju disusun masuk ke dalam beg disusuli pakaian-pakaian lain (seluar,track suit, alat kelengkapan diri) dan tak dilupakan pesanan pensyarah-pensyarahku untuk membawa kita agama atau buku-buku yang berkaitan dengan agama. Seminggu sebelum berangkat ke bumi kenyalang ini, sempat juga aku berjumpa beberapa oraang pensyarah untuk mendapatkan sedikit pesanan dan amanat antaranya Pn Hjh Natrah (jumpa di depan Tabung Haji), Ustazah Mariah & Tn Hj Ismail, Pn Linda, Ustazah Fadzliyah, staf-staf kewangan IPDA, Tn Hj Mohd Fauzi Hamid dan beberapa orang lagi. Banyak tips, pesanan yang disampaikan sebagai bekalan untuk di perantauan. Tidak dilupakan juga aku berjumpa dengan nenda Tn Hj Hamid & Pn Hjh Basah serta tok wa Tn Hj Daud yang memberi peringatan dan amanat bermakna untuk aku ke sini. Aku juga berkesempatan jumpa dengan guru-guru dan staf di Sek.Keb Jitra 3..tempat aku praktikum paling lama...hehe..thanks cikgu2...

Bagi keluargaku, pemergianku ke bumi kenyalang ini mereka redha kerana mungkin ada hikmahnya aku ke sini. Kata mereka bolehla kami berjalan ke sana. Ayahku pula berkata, kalau hang saja-saja nak p Sarwak, mesti susah dah..pergila tumpang umur muda lagi...Insya Allah...aku happy sahaja dan x sabar pun ada, nak memulakan karier perguruan. Malam Jumaat, 3hb Februari kami mengadakan sedikit kenduri kesyukuran dan doa selamat di surau kebetulan seperti biasa malam Jumaat jemaah surau akan membaca yasin dan kesempatan ini kami tumpang untuk memohon keberkatan dan rahmat Ilahi agar perjalanan saya di bumi kenyalang ini selamat dan lancar serta dipermudahkan olehNya.

Pada hari Sabtu, 5/2/2011 jam 6.00 petang, aku bersama mak, abang dan seorang anak saudarku yang bercuti di rumahku sempena Tahun Baru Cina bergerak ke Kuala Lumpur untuk menginap di rumah kakakku. Perjalanan kami mengambil masa 9 jam (luar biasa) kerana jalan terlalu jam lantaran orang baru balik ke KL selepas bercuti Tahun Baru Cina. 3 pagi barulah kami tiba ke KL...memang sungguh penat...semua kawan-kawanku yang bergerak ke KL mengalami pengalaman yang sama....rasa letih dalam perjalanan sahaja....

Di Kuala Lumpur, aku meneruskan shoppingku membeli lagi barang-barang yang diperlukan untuk ke sana...aku lihat beg aku makin berat ja..bimbang lebih 20kg..hehe....kakak sulungku ada pengalaman..katanya x ada masalah sebb aku checking group..lainla...kalau sorang2.... so..aku x la bimbang sangat.....

7hb sudah ada sahabat-sahabatku yang naik belon ke bumi kenyalang...rasa berdebar-debar pulak nak tunggu 8hb..giliranku pulak nak naik belon..first time ni..bukan senang...hehe...

continue......

No comments: