Sunday, February 27, 2011

SK Nanga Selangau....

Selangau (27/2/20110 : Assalamualaikum semua...first entri saya tahun 2011 ini...ingin saya membuka suatu lembaran dalam sejarah baru hidup saya apabila kini bergelar guru terlatih dan ditempatkan di Sk Nanga Selangau. Tatkala masing-masing sibuk ingin mendapat tahu penempatan masing-masing...aku juga seperti mereka. Selepas sahabatku, Ridhuan menghubungiku dan menyatakan dia ditempatkan di Sarawak, hatiku mula gundah-gulana...Tertanya-tanya..di sanakah aku juga? Aku terus menghubungi JPN Sarawak, bertanyakan namaku bisik @ nadai di Sarawak? Rezekiku....ye nama en ada di Sarawak.. Tak terlintas dalam fikiranku bahawa aku bakal ditempatkan di Bumi Kenyalang itu...Namun Allah lebih mengetahui..

Debaran bagi kami yang ditempatkan di Sabah/Sarawak..masing-masing gementar adakah di bandar Kuching @ pedalaman 1,2,3?? emm...penantian 3,4 hari selepas itu berakhir..masing-masing sekali lagi menghubungi JPN Sarawak untuk mendapat tahu sekolah mana ditempatkan..
"En, selamat pagi...saya Solehuddin opsyen Bahasa Arab..boleh saya tahu di mana saya ditempatkan? Owh...en ditempatkan di Sk Nanga Selangau. 'En, ni sekolah P1 ka luar bandar", terus keluar loghat Kedahku. "X silap saya P1". Aku meletakkan telefon...terus nadiku berdegup kencang. Ya Allah...macam mana ye rupanya sekolah itu..

Abangku, ayahku dan adikku terus membuka internet (google map) mencari lokasi sekolah itu. Owh..sekolah ni dekat dengan PPD Selangau. Dalam hatiku, mesti dalam pekan ni...ye memang dekat dengan pekan Selangau yang merupakan pekan kecil. Dibuka lagi wajah-wajah sekolah itu..owh...selalu banjir sekolah ni..adoii....habisla.....dugaan..

Aku terus menghantar sms kepada pensyarah2ku dan sahabat2ku... ada pensyarah berkata jika nama nanga ni banyak orang Iban dan dekat dengan sungai. Owh..patutla selalu banjir... Walaubagaimanapun, aku sentiasa berdoa agar urusan perjalananku ke bumi Selangau ini dipermudahkan olehnya..... to be continue.....

No comments: