Saturday, March 5, 2011

PERBEZAAN MURID BANDAR & LUARBANDAR

Selangau (5/2/2011) : emm...meneruskan sesi sunyiku dengan menaip pengalamanku di sini... malam ni ingin ku berkongsi cerita apa beza murid bandar & luar bandar berdasarkan pengalamanku sewaktu praktikum dan kini mengajar di sebuah sekolah luar bandar..

1) SIKAP IBU BAPA
murid di bandar hari ini ada sikap ego yang sangat tinggi (saya x merujuk mana2 tempat)..mereka lebih bangga dengan ibu ayah mereka yang bekerjaya besar...menjawat jawatan besar lebih daripada guru..oleh itu, mereka menganggap guru ini sebagai insan biasa kerana ibu ayah mereka lebih hebat daripada guru. Maka timbullah masalah ibu bapa menyerang guru, ibu bapa banyak meyebelahi anak dan ibu bapa kata guru x pandai mengajar. Bagi saya senario keadaan ini menunjukkan tahap kepekaan dan penghargaan seorang ibu @ bapa kepada guru sangat rendah. Hakikat di luar bandar, ibu bapa sangat menghormati guru dan mereka menyanjung guru kerana guru memberi ilmu kepada anak mereka. Jarang berjumpa ibu ayah di luar bandar menyerang guru malah tahap hormat mereka kepada guru sangat tinggi.

2)SIKAP MURID
Jika di bandar, ( x semua tempat), susah nak lihat anak murid menolong guru tanpa diminta..namun realiti anak-anak di luar bandar ini sentiasa menghulurkan bantuan kepada guru tanpa disuruh.Pengalaman ini saya alami sendiri, bila saya tiba di sini.Merekalah yang membantu membersihkan bilik saya, mengangkat beg saya dan mengemas bilik agama saya walaupun perbezaan agama. Saya sangat kagum dan rasa sejuk hati mendapat anak didik seperti ini. Malah, bila saya perlukan bantuan, cakap saja mereka terus akan datang...Ya Allah bertuah anak2 ini...

3) KEPENTINGAN PELAJARAN
Murid-murid di bandar saya tak nafikan kebanyakan mereka amat pentingkan pelajaran. Mereka terdedah dengan kolej,universiti dan peluang pekerjaan yang hebat di sana sekaligus mereka nampak hala tuju mereka. Namun begitu, lainnya di luar bandar. Apa yang saya peroleh daripada sembang-sembang saya dengan sahabat-sahabat lain..ada yang memperoleh UPSR 3A2B, dan itu kira hebatlah di luar bandar @ pedalaman ini..namun guru sendiri terpaksa memujuk keluarga, murid tersebut untuk sekolahkan di kawasan bandar dan tinggal di asrama. Namun, mereka sukar untuk ke sana dan mereka tidak nampak hala tuju dan tidak dapat membuka minda untuk meneruskan perjuangan ke tempat yang lebih tinggi. Justeru, di sini, guru luar bandar bukan sahaja berperanan mengajar malah menjadi agen perubahan kepada sesebuah komuniti setempat..hebatkan guru di pedalaman @ luar bandar..tugas bukan hanya tertumpu di sekolah dan mengajar malah juga kepada keluarga murid-murid.

4) BERDIKARI
Kalau sekolah rendah di bandar, suka nak lihat murid-murid tinggal di asrama...namun di luar bandar@pedalaman di sini..murid-murid kebanyakan tinggal di asrama. Tahun 1 pun ada yang tinggal di asrama..kagum saya tengok mereka..basuh baju sendiri...bersihkan asrama....bangun seawal jam 5pagi...time tidur senyap ja..sungguh berdisiplin la senang cerita... Moga-moga dengan tahap berdikari mereka yang sangat tinggi ini akan membolehkan mereka juga berusaha dan berjuang untuk menjadi insan yang terbaik..

No comments: